ARTIKEL

Rabu, 19 Jun 2013

Penjelasan Perbandingan Harga Minyak Di Indonesia dan Malaysia

0
Oleh kerana isu kenaikkan harga minyak di Indonesia telah menjadi isu nasional di sana, beberapa akhbar telah mengeluarkan grafik harga minyak seperti ini.


Sebenarnya harga minyak yang bersubsidi di Indonesia bukanlah RON95 seperti mana yang dinikmati oleh rakyat Malaysia tetapi RON88. Penjelasan ada dalam grafik The Malay Mail harga minyak selepas dinaikkan oleh Kerajaan negara tersebut.


Mohon disebarkan penjelasan ini kepada rakan-rakan yang lain kerana sibertruper pembangkang telah mula spin isu ini.

*Untuk makluman pembaca, Indonesia adalah negara pengeluar minyak ke 21 di dunia manakala Malaysia di tangga ke 27.

KEMPEN HUSAM PRESIDEN PAS BERMULA

3

Zaid Ibrahim Kempen Husam Jadi Presiden PAS

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim mula berkempen supaya Datuk Husam Musa dipilih menjadi Presiden Pas menggantikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Menurutnya, masa depan Pas akan lebih cerah sekiranya parti itu dipimpin oleh Husam kerana majoriti penyokong Pas sekarang terdiri daripada golongan muda yang dilihat mengemari kepimpinannya.

“Saya nampak orang-orang muda yang penyokong Pas, masa depannya (Pas) terdiri daripada golongan ini. Saya nampak pemimpin yang mereka minat dan dapat ikut ialah Husam. 

“Jadi saya rasa untuk generasi akan datang, pemimpin macam beliaulah yang lebih memikirkan masalah-masalah negara.

“Kumpulan (pemimpin) yang tua-tua atau ulama banyak kepada dosa pahala. Jadi saya rasa pendekatan Pas perlu berbeza. Itu saja,” kata beliau kepada Antarapos setelah diminta mengulas dalam Twitternya pagi tadi.

Beliau sebelum ini menulis ‘Saya fikir masa depan Pakatan bergantung di mana Husam Musa ditempatkan’.

Sementara itu, Datuk Nakhaie Ahmad dilaporkan Antarapos menyelar kenyataan Husam yang juga Naib Presiden Pas dengan berkata ‘mana-mana peserta yang terkorban ketika menyertai Himpunan Black 505 sebagai mati syahid’

Nakhaie yang juga bekas Naib Presiden Pas berkata fatwa yang dikeluarkan Husam itu adalah songsang. 

Tambah beliau, ‘fatwa’ yang dikeluarkan itu adalah tidak sah untuk diaplikasikan ekoran Husam seorang yang tidak berkredibiliti untuk mengeluarkan fatwa. 

“Fatwa itu adalah fatwa songsang dikeluarkan oleh orang yang berpemikiran songsang dan apa yang dinyatakan itu adalah tidak sah,” katanya.

Tambah Nakhaei lagi, fatwa tersebut tidak boleh diguna pakai memandangkan kedudukan Husam di dalam PAS boleh dilabelkan sebagai derhaka kepada pemimpin atasan PAS. 

“Pertama sekali, Husam derhaka kepada pemimpin dia, pemimpin tidak menggalakkan penyertaan itu ataupun tidaklah mewajibkan.

“Orang yang derhaka mana boleh dianggap ataupun diangkat sebagai syahid,” katanya lagi. 

Kenyataan Husam ini berlawanan dengan seterunya Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din yang mahu ahli PAS mematuhi pendirian serta nasihat Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa tiada paksaan untuk mereka menyertai perhimpunan ‘Blackout 505′ pada Sabtu ini.

Katanya, perhimpunan anjuran beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantah perjalanan pilihan raya umum lalu dianggap bukan acara rasmi parti.

Semalam, Husam mengeluarkan kenyataan yang dikeluarkan Harakahdaily menyatakan bahawa sesiapa sahaja yang menyertai Himpunan Black 505 dan terkorban akan dianggap syahid. 

Namun, kenyataan beliau tidak mendapat sokongan daripada mana-mana pihak termasuk organisasi parti itu sendiri apabila Ketua Majlis Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib enggan memberikan sebarang komen berhubung kenyataan Husam ketika dihubungi pihak Antarapos.

Selasa, 18 Jun 2013

Santai : Video Awek Rusia Yang Bikin Geng Zong Dong Berdarah Hidung.

8
Jom layan video yang dihasilkan oleh Ustaz Amin.


Dalam masa geng Dong Zong beria-ia menolak Bahasa Kebangsaan di Sekolah Vernakular, awek-awek Rusia ini pula mengembangkan bahasa Malaysia di negara mereka.

Gambar dari http://m-truth.com/

Mungkin awek-awek ni lebih layak jadi warganegara Malaysia daripada puak RASIS Dong Zong!

Kisah Melayu Singkong (Ubi Kayu) dan Melayu Keju.

5
Dah lama tak dengar lagu Singkong dan Keju.


Ketika MyMassa dengar lagu ini ketika kecil dahulu, MyMassa terfikir berapa ramai orang Melayu yang begitu bertuah dapat makan keju. Yang Melayu makan singkong (ubi kayu) memang ramai. Malah yang makan pucuk paku ubi kayu pun ramai.

Tetapi hari ini, makan keju bukanlah perkara yang 'mewah'. Anak-anak Melayu di bandar telah pun diberikan keju sejak kecil lagi. MyMassa bukannya nak menulis mengenai makanan tetapi hakikat kejayaan Orang Melayu pasca merdeka. Dalam artikel ini, istilah Melayu Singkong merujuk kepada Melayu tradisional manakala Melayu Keju adalah Melayu Liberal.

Baru-baru ini kita digemparkan dengan cadangan SUARAM supaya dasar kemasukan bumiputera ke UiTM dihapuskan. Kepada orang Melayu Singkong, cadangan ini tidak munasabah dan merupakan tuntutan yang melampau. Namun bagi Melayu Keju, mereka menyokong penuh cadangan SUARAM. Bagi mereka, sudah tiba masanya orang Melayu bersaing dengan kaum lain tanpa menggunakan 'tongkat' dan keperluan melaksanakan meritrokasi. Lebih menyedihkan bila virus Melayu Keju ini menular kepada pelajar, alumni dan pensyarah UiTM sendiri.

Mungkin bagi Melayu Keju, mereka membandingkan kemajuan orang Melayu berpaksikan pandangan mereka yang hanya di bandar sahaja. Oleh kerana berperspektifkan ruang lingkup mereka, maka mereka tidak nampak begitu besar jumlah orang Melayu yang masih memerlukan 'tongkat' untuk berjaya. Masih ramai anak-anak Melayu dan Bumiputera yang belajar dengan kekurangan kemudahan pembelajaran di luar bandar memerlukan kuota untuk melayakkan diri ke menara gading.

Seorang rakan MyMassa yang juga pensyarah UiTM tidak segan silu untuk berkempen bagi pihak pembangkang dalam PRU yang lepas. Baginya, Kerajaan sekarang ini menjadi penghalang kepada kemajuan orang Melayu. Anehnya, bila ditanya apa alasan dia menuduh seperti itu, jawapannya sama seperti yang kita baca dalam portal pembangkang, RASUAH dan KORUPSI. Tetapi bila ditanya berapakah peratuskah orang Melayu yang mengamalkan rasuah, rakan MyMassa tak mampu menjawab. Dia hanya mampu berpusing-pusing dengan cerita kapal selam. Hujah MyMassa mudah. Rasuah ini memang tak dapat dinilai dengan tepat dan hanya dikira melalui persespi (Indeks Persepsi Rasuah (CPI)). Tanya MyMassa kepada rakan, sepanjang dia hidup, berapa kali dia memberi dan menerima rasuah? Jawapannya tidak pernah. Jika tidak pernah, bagaimana dia tahu rasuah di negara kita ini begitu teruk? Dia jawab hanya melalui pembacaan dan ceramah politik. Realiti Melayu Keju yang merasakan dia bijak, tetapi kerana 'terlalu bijak', dia sendiri termakan dengan perangkap persepsi pihak tertentu.

Itulah kisah antara Melayu Singkong (MyMassa) dan Melayu Keju (rakan). Mungkin Melayu Keju merasakan mereka telah berjaya tetapi mereka terlupa untuk memperjuangkan nasib ramai lagi golongan Melayu Singkong di kampung. Kepada mana-mana pembaca yang merasakan diri anda Melayu Keju, mohon tonton video ini.


*Sebar-sebarkan video ini untuk sedarkan golongan Melayu Keju terutamanya dalam isu kuota UiTM.

SURAT PERJANJIAN ANWAR

6

Dalam bahagian kedua ini, saya akan menjurus kepada "Surat Perjanjian" oleh Anwar Ibrahim, Jusuf Kalla dan DS Najib Razak. Di luar sana, terlalu banyak rumors yang perlu saya perbetulkan, kerana jika saya tidak perbetulkan, orang-orang UMNO khususnya telah memberi satu persepsi yang silap khususnya kepada DS Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. 

Jika apa yang saya tulis ini tidak benar, maka Bapak Jusuf Kalla berkata tidak benarlah juga kepada saya. Dalam hal ini, saya amat yakin integriti Bapak Jusuf Kalla. 

Oleh kerana saya terlibat dalam pertemuan ini, maka saya bertanggungjawab untuk berkongsi hal ini, dengan harapan pembaca akan berfikir dan bukannya menjatuhkan hukuman.

SIAPA BUAT SURAT PERJANJIAN
Dalam hal ini, saya kecewa dengan Anwar Ibrahim kerana saya dapati beliau tidak bercakap benar dalam beberapa perkara. Saya membaca satu berita kononnya Anwar mengatakan Bapak Jusuf Kalla yang menawarkan diri untuk menjadi orang tengah. 

Walhal, pada bulan Mac 2013, Anwar Ibrahim sendiri datang ke rumah Bapak Jusuf Kalla pada malam hari, dengan ada teman saksi iaitu Bapak Fahmi Idris dan Bapak Yusril Ihza Mahendra di ruang tamu tempat yang sama saya duduk bersebelahan Bapak Jusuf Kalla dalam gambar itu. 

Ketika itu (Mac, 2013), Anwar dengan yakin menghujahkan kepada Bapak Jusuf Kalla beliau akan menang PRU13.  Bukannya Bapak Jusuf Kalla yang memanggil Anwar datang ke Jakarta. Kita harus faham, siapa tetamu dan siapa tuan rumah. Pada bulan Mac 2013 itu, Apakah Bapak Jusuf Kalla yang berkunjung ke Kuala Lumpur atau Anwar Ibrahim yang mendatangani Jakarta? Anda jawab sendiri!

Selepas Anwar berjaya meyakinkan Bapak Jusuf Kalla dan berjaya memujuk beliau, maka Bapak Jusuf Kalla atas dasar sehabat seemosi (istilah di Indonesia untuk menunjukkan tahap keakraban) telah terbang ke Kuala Lumpur dan bertemu Anwar Ibrahim pada 4/5/2013 iaitu sehari sebelum PRU13. Dan seterusnya Bapak Jusuf Kalla turut bertemu DS Najib pada tengah malamnya. 

Bapak Jusuf Kalla memberitahu kepada saya, bahawa Anwar Ibrahim membuat Surat Perjanjian di antaranya sesiapa yang kalah hendaklah menerima kekalahan. Ada beberapa lagi yang saya tidak perlu nyatakan di sini.

Bapak Jusuf Kalla memberitahu saya bahawa Anwar menandatangani Surat Perjanjian yang dibuatnya itu, dan Bapak Jusuf Kalla turut menurunkan tandatangan. Tetapi tidak oleh DS Najib!

TUDUHAN KEPADA NAJIB
Terdapat tuduhan di dalam parti UMNO dan juga para wartawan dan bloggers kononnya DS Najib terlibat dalam perjanjian tersebut. Kononnya DS Najib berada bersama-sama Anwar Ibrahim untuk menandatangani "Perjanjian" itu. Walhal sebenarnya Bapak Jusuf Kalla bertemu Anwar dan DS Najib secara berasingan.

Saya berani menyatakan bahawa DS Najib tidak terlibatmula dalam permainan politik Anwar ini, sebaliknya Anwar yang merangka pertemuan dengan Bapak Jusuf Kalla, Anwar yang mencadangkan perjanjian itu, Anwar yang meminta dan memujuk Bapak Jusuf Kalla supaya menjadi orang tengah, Anwar yang memulakannya.

Memang benar Bapak Jusuf Kalla membawa surat perjanjian yang dirangka oleh Anwar Ibrahim itu, tetapi DS Najib tidak menandatanganinya, DS Najib tidak bersetuju. 

Bapak Jusuf Kalla memberitahu kepada Anwar, bahawa DS Najib tidak mahu menandatangani perjanjian itu. Pada pengamatan saya, DS Najib menghormati kemunculan Bapak Jusuf Kalla sebagai sahabatnya juga, maka apakah kamu fikir jika tetamu besar seperti bapak Jusuf Kalla bertandang ke rumah DS Najib dan kamu meminta DS Najib menutup pintu? Makanya, DS Najib mesti melayan Bapak Jusuf Kalla dengan seribu kemuliaan sebagai seorang tetamu apatah lagi sahabat lama.

Saya bercakap panjang lebar dengan Bapak Jusuf Kalla dalam hal ini, dan saya berpendapat para ahli UMNO dan bloggers tidak berlaku adil kepada DS Najib dalam hal ini, sebab itu saya terpaksa menulis dengan agak panjang sedikit.

Jika anda bertanya saya, apakah Anwar sedang memerangkap DS Najib, saya tidak boleh menjawabnya kerana ianya niat Anwar. Saya percaya anda boleh memahaminya.

KENAPA SAYA MEMBELA DS NAJIB
Saya terpaksa ke depan kerana saya satu-satunya bertemu dengan Bapak Jusuf Kalla, maka saya mesti membetulkan rumors yang salah.

Saya menerima pelbagai sms daripada rakan blogger dan wartawan, antara rumors salah kononnya dalam perjanjian itu DS Najib meminta kepada Anwar Ibrahim sekiranya DS Najib kalah agar dirinya dan keluarganya jangan dipenjara! Ini adalah satu cerita rekaan dan fitnah yang sangat besar kepada DS Najib. Tidak ada tertulis dalam perjanjian akan hal itu, malah tidak disebut pun, hanya selepas sebulan ini barulah cerita rekaan itu muncul dan saya beri jaminan kepada anda cerita itu tidak benar.

Anwar hanya bercakap tentang isu besar dalam PRU13 iaitu jawatan Perdana Menteri yang menjadi idamannya, Bapak Jusuf Kalla dan Anwar bercakap tentang masa depan Nurul Izzah dan beberapa perkara lain. Mereka bercakap tentang jawatan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Penuh, isu dakwat, isu pengundi Bangladesh dan hal-hal lain.

Malangnya, saya bersetuju dengan Bapak Jusuf Kalla bahawa Anwar sendiri yang merangka idea perjanjian itu, Anwar yang datang bertandang ke rumah Bapak Jusuf Kalla bercakap tentang idea perjanjian itu, malangnya sesudah PRU13, Anwar tidak komited kepada apa yang diusahakannya sendiri. 

Kekecewaan dan "kemarahan" Bapak Jusuf Kalla ialah tatkala dia sangat komited membantu, Anwar pula tidak komited kepada usaha janjinya sendiri!

Saya fikir cukup setakat ini dulu. Bacalah semula artikel-artikel ini, saya menyembunyikan sesuatu di dalamnya :  





Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, saya mesti menjaga kerajaan yang dipilih oleh rakyat semasa PRU13 baru-baru ini. Bukan soal two third majoriti atau menang besar dan menang kecil, peraturannya ialah jika kita mahu menghormati hak rakyat, menghormati sistem demokrasi yang menjadi amalan berkerajaan di Malaysia, Anwar seharusnya mengucapkan kepada DS Najib "Selamat Maju Jaya". Itulah juga yang diungkapkan oleh Khalifah Amirul Mukminin Umar Abdul Aziz, dalam buku yang ditulis oleh Dr. Ali Muhammad Muhammad Al-Shallabi bahawa hormatilah "keputusan demokrasi". Salam hormat dari saya kepada anda pembaca budiman. 

Dipetik daripada jentayuabaka.blogspot.com

Isnin, 17 Jun 2013

UMNO Dalam 'Bahaya'. Pembangkang Bawa 'Bangla' Semasa #Black505, Bukti Penipuan PRU.

13
Nampaknya kata-kata Anwar Ibrahim bahawa ada 40,000 'BANGLA' mengundi pada PRU lepas bukan satu tuduhan.


Cuba tengok gambar semasa FLASH MOB pada hujung minggu lepas.





SUMBER


Bukan 40,000. Rupa-rupanya 'BANGLA' yang Anwar dakwa tu dah bertambah jadi 1,000,000 orang!


Berrriiibbbuuu-rrriiibbbuuu tahniah MyMassa ucapkan kat makcik dalam gambar kat atas. Walaupun golongan India Muslim dan kaum India dituduh sebagai 'BANGLA', makcik kat atas ni tetap boleh percaya dengan penipuan 'BLACK505'.



*Kaum sendiri kena hina pun mereka masih nak sokong Anwar. Kesian....

Terhangat Di Pasaran : Tawaran Kerja Kosong Terbuka Untuk Rakyat Malaysia. Sebarkan.

3
Tawaran kerja paling mudah di Malaysia.


Jika anda mempunyai ciri-ciri di atas, jangan lupa untuk memohon kerja di atas. Tak payah buat kerja yang rakyat amanahkan kepada anda, cuma perlu berpolitik setiap masa. Setiap hari, setiap minggu dan setiap tahun adalah tempoh berkempen politik untuk mereka yang akan terpilih.

Tak percaya? Mari kita tengok contoh yang telah berjaya....

*Sebar-sebarkan....

ANWAR IBRAHIM BINA BANGUNAN UMNO P.PINANG & KISAH GADIS CANTIK CINA

13

Bangunan UMNO Pulau Pinang initiated by Anwar Ibrahim built in midst of Chinese population where very few UMNO people will visit it.

Have a story of the building setup Anwar Ibrahim hypocrisy will be exposed.

During opening ceremony of the building years back Anwar Ibrahim, the crowd was very puzzle when a young beautiful sexy Chinese girl push him to a side to shake hand calling "Dato Seri, Dato Seri" to our Anwar Ibrahim.

Penang faced a very severe storm and lighting arrester of UMNO Mclister Road building fell killing Indian Muslim national.

Never have Penang people face this disaster.



Chinese said disaster due to UMNO, actually Anwar Ibrahim built that building!

Ahad, 16 Jun 2013

EKSKLUSIF: RUNDINGAN ANWAR DI JAKARTA

21
EKSKLUSIF: RUNDINGAN ANWAR-JUSUF KALLA -NAJIB DI JAKARTA

PERTEMUAN EKSKLUSIF SAYA DENGAN BAPAK JUSUF KALLA DI JAKARTA

Pada mulanya saya tidak hendak menulis perkara ini dan saya cuba bertahan untuk tidak menulis, kerana Bapak Jusuf Kalla berpesan kepada saya supaya berhati-hati. Namun begitu, apabila saya membaca blog rakan saya ini http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/ , saya dapati berlaku kekeliruan dan perkara yang tidak adil kepada DS Najib. Maka, saya mengambil keputusan untuk menulis berita eksklusif ini.

Pertama sekali, pertemuan saya dengan Bapak Jusuf Kalla adalah berseorangan dengan dibantu oleh Ahli Parlimen Indonesia, Bapak A. Mohamad Fatwa yang juga Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia. Saya ditemani oleh dua orang rakan. 

Hubungan Anwar dengan Bapak Jusuf Kalla dan Bapak A.M. Fatwa adalah hubungan sahabat lama berpuluh-puluh tahun sejak zaman belia lagi. Malah sehari selepas Anwar dibebaskan dari penjara (2004), Bapak A.M. Fatwa terbang ke Kuala Lumpur untuk meraikan pembebasan Anwar. Manakala, hubungan DS Najib dengan Bapak Jusuf Kalla ialah hubungan sejarah di mana Bapak Jusuf Kalla adalah seorang Usahawan sejak zaman ibu bapanya lagi, manakala DS Najib adalah keturunan Bangsawan Bugis dari Kerajaan Goa di Sulawesi Selatan. Manakala, saya pula hubungan kekeluargaan dengan Bapak A.M. Fatwa dan juga Bapak Jusuf Kalla dari sebelah isteri saya.


SAYA DITEMANI OLEH BAPAK A.M. FATWA, AHLI PARLIMEN INDONESIA, KETUA DEWAN PERWAKILAN RAKYAT INDONESIA


NEGOSIASI DI ANTARA ANWAR-JUSUF KALLA-NAJIB

Dalam perbincangan Eksklusif saya dengan Bapak Jusuf Kalla dalam satu jam di rumah Bapak Jusuf Kalla, beliau memberitahu saya bahawa Anwar bertemu dengannya sebanyak 3 kali. 

Pertemuan pertama berlaku pada bulan Mac di mana Anwar datang ke rumah Bapak Jusuf Kalla di Jakarta. Tujuan Anwar bertemu Bapak Jusuf Kalla untuk meminta Bapak Jusuf Kalla menjadi orang tengah semasa PRU-13, di mana Anwar sangat yakin akan menang dan meminta Bapak Jusuf Kalla memberitahu DS Najib supaya sesiapa di antara mereka yang kalah hendaklah menerima kekalahan itu. Cukup saya dedahkan satu ini, yang lain sudah pasti rahsia.

Bapak Jusuf Kalla seorang yang bijak, dalam pertemuan itu, beliau memanggil dua lagi Ahli Parlimen Indonesia sebagai saksi iaitu Bapak Yusril Ihza Mahendra dan Bapak Fahmi Idris, kedua-duanya mantan Menteri Indonesia dan kedua-duanya juga adalah sahabat Anwar.

Namun demikian, selepas keputusan PRU-13 memberi kemenangan kepada DS Najib pada malam 5/5/2013, Anwar Ibrahim telah mungkir janji tidak mahu menerima kekalahannya sebaliknya menuduh berlaku penipuan. Kemungkiran janji Anwar menyebabkan sahabat-sahabatnya itu (Bapak Jusuf Kalla, Yusril, Fahmi dan lain-lain) marah kepada Anwar Ibrahim.


KETIKA SAYA BERDISKUSI DENGAN BAPAK A.M. FATWA DI RUMAHNYA

Dalam negosiasi itu, Anwar berkata kepada Bapak Jusuf Kalla "saya mahu jawatan Perdana Menteri". Bapak Jusuf Kalla sebaliknya menjawab kepada Anwar, "Apa kamu sudah gila! Kamu hanya menang 89 kerusi parlimen, Najib menang 133 tidak mungkin kamu bisa jadi Perdana Menteri!".

Bapak Jusuf Kalla berkata lagi, "jika kamu (Anwar) di Indonesia, ya kamu sudah jadi Presiden Indonesia sebab kamu menang undi popular, tetapi di Malaysia guna sistem undi electoral (parti)".

Tambah Bapak Jusuf Kalla lagi, "kamu kata isu dakwat, lihat jari kamu (sambil memegang tangan Anwar) masih ada dakwat yang belum hilang. Kamu kata ramai orang Bangladesh, tak kan orang Malaysia tidak boleh membezakan orang Bangladesh dengan orang tempatan dari segi bahasa percakapan dan budayanya".


MASA DEPAN NURUL IZZAH

Dalam pertemuan itu juga, Anwar dan Bapak Jusuf Kalla menyentuh masa depan Nurul Izzah. Bapak Jusuf Kalla dan Anwar bercakap soal jawatan Menteri Penuh kepada Nurul Izzah. Dalam pertemuan itu, Anwar meminta masa untuk berfikir.

Bapak Jusuf Kalla turut bercakap beberapa jawatan Kabinet kepada Anwar, dan Anwar meminta tempoh masa berfikir.

Menurut Bapak Jusuf Kalla, Anwar datang menemuinya untuk membuat negosiasi ini kerana Anwar begitu yakin dia akan menang PRU13 dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.

Pada pandangan Bapak Jusuf Kalla, Anwar hidup dengan imaginasi yang melampau-lampau di mana Anwar menganggap dirinya adalah Perdana Menteri, Anwar percaya dirinya adalah Perdana Menteri, bercampur-campur dengan sikap egonya, maka Anwar kata Bapak Jusuf Kalla tidak dapat menerima hakikat ketewasannya di dalam PRU13.

Tekanan Washington 

Bapak Jusuf Kalla turut menceritakan hal lain, di mana beliau memberitahu kepada saya adanya elemen Washington dalam keputusan PRU13 itu, di antaranya pihak Washington telah menekan Presiden Indonesia supaya menerima kunjungan Anwar dan memberi sokongan kepada Anwar. 

Dalam hal ini, Bapak Jusuf Kalla memberitahu kepada saya beliau telah dihubungi oleh Presiden Indonesia untuk meminta pendapat akan hal ini, dan Bapak Jusuf Kalla memberi pandangan kepada Presiden Indonesia bahawa adalah tidak betul untuk menerima tekanan Washington itu.

Maka, pertemuan Anwar dan Presiden Indonesia semalam jelas akibat daripada tekanan Washington ke atas Presiden Indonesia.

Daging Babi Sebagai Bahan Biskut Ayam?

5
Cuba perhatikan gambar ini betul-betul.


Sumber : http://satrialotus.blogspot.com/2013/06/nama-ayam-tapi-babi-sebenarnya.html

*Keliru MyMassa baca label pembungkusan ni. Ini biskut untuk makanan ayam atau biskut babi perisa ayam?

Sabtu, 15 Jun 2013

Wahai Husam..Pemimpin PAS Tak Sokong Blackout Ni Pengkhianat Parti ATAU Anwar?

6
Kata Husam Musa....

Husam: Pemimpin PAS yang tak sokong Blackout 505 pengkhianat parti

KETEREH: Selepas berdiam diri selama beberapa minggu kerana tidak lagi dipilih menjadi Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa tampil pada perhimpunan Blackout 505 malam tadi dengan mendakwa pemimpin-pemimpin PAS yang tidak menyokong himpunan tersebut sebagai pengkhianat parti.

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan itu berkata, mereka adalah pemimpin yang lupa asal-usul dan bukan sahaja menolak semangat anak muda yang mahukan perubahan tetapi telah mengkhianati dakwah yang telah diasaskan oleh pimpinan PAS terdahulu.

Dalam ucapannya, Husam turut menyindir beberapa pemimpin PAS yang menjadi ahli Parlimen supaya tidak hanya 'mengayuh basikal siang dan malam' di luar Parlimen sebaliknya rakyat akan menilai mereka pada persidangan Dewan Rakyat tidak lama lagi.

Katanya mana-mana pemimpin yang tidak menyokong perhimpunan ini membawa suara Umno dan Barisan Nasional (BN).

Beliau juga mengajak rakyat supaya mencetuskan perubahan politik dalam negara, dan jangan hanya kerana baru menang kerusi parlimen, mentadbir negeri,  lupa kepada asal-usul perjuangan sebenar.

Katanya sekiranya pemimpin pakatan rakyat tidak hadir bersama dalam kebangkitan ini mereka telah mengkhianati dakwah yang telah diasaskan oleh pemimpin terdahulu.

Perhimpunan tersebut turut dihadiri penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob serta beberapa pemimpin PAS dan PKR yang lain.

Sumber : http://www.astroawani.com/news/show/husam-pemimpin-pas-yang-tak-sokong-blackout-505-pengkhianat-parti-16296?cp

Jom kita tengok siapa di belakang Husam Musa....


Jumaat, 14 Jun 2013

WoW! Busana Muslimah PAS Yang Mencolok Mata

18
PAS nampaknya telah memasuki fasa baru dalam perkembangan parti Islam tersebut.

Lihatlah fesyen baru muslimah PAS.


SUMBER

Fasa yang MyMassa maksudkan adalah fasa di mana apa sahaja tuduhan PAS kepada UMNO sebelum ini kembali kepada parti Islam tersebut.

Dulu PAS tuduh UMNO kafir kerana mempertahankan Perlembagaan penjajah, kini PAS juga pertahankan Perlembagaan yang sama.

Dulu PAS tuduh UMNO tak perjuangkan Negara Islam dan Hukum Hudud, kini PAS juga mengubah perjuangan mereka kepada Negara Berkebajikan.

Dulu PAS kata haram bergabung dengan bukan Islam, kini PAS panggil tahaluf siyasi.

Dulu PAS kata UMNO tolak sunnah kerana ramai pemimpin UMNO tak simpan janggut dan berjubah serta berkopiah. Kini pemimpin PAS lebih selesa memakai kot dan bertali leher ke Sidang DUN/Parlimen. Ramai juga pemimpin PAS yang 'clean shave' sekarang.

Dulu PAS kata suara wanita adalah aurat sehingga tiada wakil qariah untuk mewakili Kelantan. Kini muslimah PAS sendiri terkinja-kinja menyanyi di khalayak ramai.


Banyak lagi tuduhan-tuduhan PAS sama ada dalam Harakah atau dalam ceramah mereka kepada UMNO yang kini mereka sendiri yang buat perkara yang sama.

Apa sudah jadi dengan PAS? Adakah kerana tahaluf siyasi yang mereka dahulu haramkan kini menjadi musabab kepada DAP dan PKR berjaya tarbiyah PAS menjadi semakin liberal?

*Kalau ada lagi tuduhan PAS kepada UMNO yang kini mereka pun sendiri buat, pembaca boleh tambah di ruang komen.

RUNDINGAN SULIT : AZMIN OK, NURUL IZZAH ADA TAWARAN, HUSAM BAKAL TINGGALKAN PAS

5
LIM KIT SIANG MENANGIS KERANA TERTIPU, BAKAL DITINGGALKAN ANWAR
KEMELUT wakil-wakil rakyat Melayu dalam Pakatan Rakyat Selangor memberikan ruang kepada Azmin Ali dan pasukannya untuk bekerjasama dengan UMNO dan PAS.

Kegagalan Rundingan antara Wakil Rakyat Melayu dalam PKR, PAS dan UMNO disebabkan oleh kelemahan Azmin Ali sendiri kerana gagal memberi kata putus isu siapa Menteri Besar paling layak menggantikan Khalid Ibrahim.

Sudah semestinya calon MB dalam rundingan ini ialah dari PAS, di mana Azmin Ali terpaksa berfikir dua kali. Pertama jika calon MB itu dari PAS, bermakna dia turut tidak juga memperolehi jawatan MB itu. Kemenangan dalam Rundingan Sulit itu ialah Azmin Ali hanya berjaya menjatuhkan Khalid Ibrahim.

UMNO Selangor yang memiliki 12 kerusi dan Melayu PKRvpula memiliki 10 kerusi (tolak Khalid Ibrahim, Melayu PKR berbaki 9). Maknanya, jalan yang tepat ialah PAS harus menjadi MB Selangor. Dalam rundingan tersebut, Azmin Ali dikatakan bersetuju dengan beberapa syarat tambahan.

Kedudukan Azmin Ali dalam rundingan itu adalah jelas di mana Azmin Ali tetap tidak berjaya memperolehi kerusi MB yang menjadi idamannya.

Namun, amat menarik di mana Azmin masih boleh bertolak ansur di mana kedudukannya masih boleh dipertimbangkan oleh pasukan perunding UMNO dengan menawarkan tempat di peringkat pusat pula. Kedudukan Menteri Kabinet adalah kuasa pregrerotif Perdana Menteri. Sama ada hal ini sudah disampaikan kepada Perdana Menteri kita tidak pasti, yang pasti pasukan perunding ini punya jawapannya.

ANWAR IBRAHIM
Namun begitu, kumpulan perunding ini membuat satu kesilapan besar apabila membelakangkan Anwar Ibrahim. Mereka under estimated Anwar Ibrahim walhal dalam kumpulan perunding PKR itu terdapat wakil rakyat yang sudah dibayar oleh Anwar Ibrahim.

Maka, Anwar Ibrahim lebih ke depan, di mana Anwar Ibrahim membuat tawaran yang lebih besar untuk meninggalkan DAP, dan menentukan masa depan yang lebih terjamin untuk anaknya Nurul Izzah. Siapa orang tengah Anwar Ibrahim? Itu tidak perlu pembaca mengetahuinya.

Anwar sudah tahu masa depannya untuk menjadi PM sudah berlalu, tetapi legasi Anwar kepada Nurul Izzah perlu dimantapkan. Anwar sanggup berkorban meninggalkan DAP, jika tawaran untuk Nurul Izzah menarik. Jika tawaran kepada Nurul Izzah berjaya, maknanya banyak perkara mengenai dirinya juga akan selesai. Barulah Anwar boleh mengumumkan persaraan dengan gembira dan mengajar di University di Washington.

Jika kumpulan perunding PKR, PAS dan UMNO mengandaikan Anwar Ibrahim seorang yang bodoh dan tidak menyedari hal ini, mereka perlu berfikir dua kali.

Saya tidak hendak berterus-terang dalam warkah ini. 

Mulanya, saya hendak tulis lebih jelas akan hal Nurul Izzah, Husam dan Anwar Ibrahim ini, namun saya berfikir jika saya dedahkan semua, saya telah melanggari perjanjian lisan saya. Perlukah saya berterus-terang dalam hal ini!

Anda boleh juga baca hal ini dengan tulisan ini juga http://www.anwaraidc.com/?p=36184  (A Kadir Jassin Dedah Wujud Rundingan Rahsia UMNO-PAS).

*Artikel adalah kiriman emel eksklusif.

Khamis, 13 Jun 2013

Sejarah Membuktikan Bijak Pandai Melayu Sokong Pembangkang Bukan Perkara Pelik.

16
Semalam MyMassa menyentuh sedikit sejarah pembentukan negara kita mengenai sokongan orang Cina kepada golongan kiri bukan perkara pelik. (http://mymassa.blogspot.com/2013/06/hakikat-majoriti-kaum-cina-sokong.html).

Di ruang komen, ada pembaca yang menyeru supaya jangan salahkan orang Cina sahaja, Orang Melayu di bandar juga menyokong pembangkang. Atas sebab itu, MyMassa cuba menulis mengenai kisah bijak pandai yang menyokong pembangkang atau haluan kiri di Tanah Melayu.

Tidak pelik jika kita lihat hari ini ramai yang digolongkan sebagai MELAYU yang berjaya cenderung menyokong pembangkang. Ini kerana bagi mereka, apa yang dilakukan oleh Kerajaan hari ini tidak cukup bagus. Mereka merasakan negara patut lebih maju daripada sekarang. Maka pelbagai teori terkeluar. Ada yang menyatakan bahawa harga kereta sepatutnya lebih murah. Ada pula kata taraf hidup semakin lebih menekan. Ada juga yang mengeluh kerana nilai duit hari ini memang tak cukup. Dalam keadaan ekonomi dunia yang masih belum pulih, ramai bijak pandai Melayu mahukan kehidupan mereka sebelum krisis ekonomi sedangkan beberapa negara dunia yang dahulunya dikira negara maju sudah jatuh bangkrap. Apa yang mereka mahukan sekarang ini adalah sebuah UTOPIA. Mereka mahukan keadaan yang IDEAL untuk semua keadaan.

Apa yang berlaku ketika ini tidak jauh bezanya dengan keadaan sebelum merdeka. Cerdik pandai Melayu yang terhasil daripada Sultan Idris Training College (SITC) atau Suluh Budiman telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) di bawah pimpinan Ibrahim Haji Yaakob dan rakan-rakan. Di bawah KMM terdapat ramai cendiakawan Melayu yang terdiri daripada para guru dan wartawan. Ramai daripada pemimpin-pemimpin yang terhasil daripada KMM ini membentuk Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Matlamat PKMM adalah mewujudkan Tanah Melayu Merdeka di bawah gagasan MELAYU RAYA dengan gabungan dengan Indonesia (Indonesia Raya). PKMM juga telah mewujudkan pakatan antara golongan radikal Melayu (PKMM) dengan Parti Komunis Malaya (PKM) di bawah nama PUTERA-AMCJA. Seperti mana gerakan BLACK OUT 505, haluan kiri sebelum merdeka (PUTERA-AMCJA) telah melancarkan HARTAL 1947 sebagai satu bentuk civil disobedience.

Gambar dari blog Double Y

Apa persamaan antara cendiakawan Melayu zaman sebelum merdeka dengan Melayu bijak pandai sekarang yang lebih cocok digelar Melayu Liberal? Kedua-duanya memperjuangkan UTOPIA. Mereka mahukan sesuatu yang tidak sesuai dengan zamannya. Jika perjuangan PKMM berjaya membentuk MELAYU RAYA / INDONESIA RAYA, adakah Malaysia mencapai kemajuannya seperti hari ini?

Cakap memang mudah tetapi nak melaksanakannya bukan semudah itu. Rakyat Malaysia mahukan harga kereta murah, pendidikan percuma, harga minyak murah dan pelbagai lagi harapan lain. Namun apabila Kerajaan mahu melaksanakan GST yang bukannya mahu mengutip cukai baharu tetapi lebih kepada mengemaskini sistem percukaian sedia ada, dah ramai yang melenting. Sedangkan negara yang melaksanakan pendidikan percuma mengenakan cukai yang lebih tinggi kepada rakyatnya. Manakala negara yang harga kereta lebih murah daripada negara kita sendiri harga minyaknya lebih tinggi dari Malaysia.

MyMassa ambil contoh Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjanjikan pendidikan percuma jika berkuasa. Berjanji memang mudah tetapi Universiti dan Kolej Universiti di bawah Kerajaan PKR (UNISEL dan KUIS) sendiri mengenakan yuran yang lebih tinggi daripada IPTA lain. Jika benar pendidikan tinggi percuma bukan perkara mustahil, mengapa tidak dilaksanakan di negeri sendiri terlebih dahulu?

Jika ada kelapangan, MyMassa akan tulis hubungan golongan agamawan dengan haluan kiri selepas ini termasuk kaitannya dengan Parti Komunis Malaya.

MEMALUKAN : TUDUH PRU 13 TIPU, TAPI CALONKAN SPEAKER DEWAN RAKYAT

9

Meskipun sebelum ini tidak mengiktiraf keputusan Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) dan mengancam mahu memboikot parlimen, namun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini masih sempat mencalonkan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu yang bakal bersidang pada 24 Jun ini.

Dalam kenyataannya lewat petang ini, Anwar dilaporkan Malaysiakini mencadangkan Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat jawatan yang kini dipegang oleh Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

“Datuk Abdul Kadir memenuhi semua kriteria yg selayaknya sebagai Yang Dipertua. Beliau telah menabur bakti kepada negara selama lebih 50 tahun dalam pelbagai jabatan, kementerian, negeri, suruhanjaya, kehakiman dan Majlis DiRaja Negeri.

“Satu pemberitahu bersurat mengenai penamaan itu telah dikemukakan kepada Setiausaha Dewan Rakyat mengikut kehendak Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat 4(1).

“Pakatan bertegas bahawa Yang di-Pertua Dewan Rakyat mesti dilantik dari kalangan seorang yang bebas, berkecuali tanpa parti, berwibawa dan berkelayakan untuk berkhidmat,” kata Anwar dalam kenyataan itu.

Berkemungkinan besar, langkah mencalon dan melobi speaker baru itu bermaksud tanda-tanda awal Anwar akan mengiktiraf keputusan PRU 13 dan bersedia menjadi Ketua Pembangkang parlimen ke-13

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan roketkini hari ini berkata, DAP amat terkejut dengan ugutan Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia yang mahu memboikot parlimen ekoran ahli parlimen pakatan memboikot majlis taklimat yang dianjurkan pihaknya.

Katanya, mengikut Perkara 59(2) Perlembagaan Persekutuan, mana-mana wakil rakyat yang gagal mengangkat sumpah dalam masa enam bulan akan hilang kelayakan secara automatik dan kerusi mereka akan dikosongkan.

“Sangat tidak sesuai bagi seorang Speaker dan beliau tidak ada hak untuk memboikot mana-mana Ahli Parlimen atau dengan sengaja menyebabkan seseorang hilang kelayakan dengan memboikot atau enggan menerima angkat sumpah.

“Saya harap ini hanya gurauan Tan Sri Pandikar, jika tidak pasti timbul kesangsian yang amat serius terhadap niat dan sikap tidak berpihak apabila beliau mempengerusikan sidang Parlimen nanti,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Guan Eng turut menegaskan, kesemua 38 Ahli Parlimen DAP tidak akan memboikot majlis angkat sumpah Dewan Rakyat tersebut.

Anwar sebelum ini menuduh berlaku ‘penipuan’ PRU 13 sebagai justifikasi dirinya untuk menganjurkan perhimpunan ‘blackout 505′.

Namun apabila dibuktikan kejadian ‘blackout’ tidak wujud, perhimpunan itu ditukar nama kepada ‘black 505.’

Kemudian, Anwar mengusulkan pula pemboikotan parlimen, namun idea itu tidak dipersetujui oleh rakan sekutunya, DAP dan Pas.

Malah Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin turut tidak bersetuju dengan langkah pemboikotan parlimen itu.

“Pada pendapat saya, kita harus menghadiri majlis angkat sumpah kerana hanya selepas kita mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, baru kita boleh berada di dalam Dewan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, Rabu. AIDC

Rabu, 12 Jun 2013

Hakikat Majoriti Kaum Cina Sokong Pembangkang. Bukan Kali Pertama Mereka Berhaluan Kiri.

10

Dalam kebanyakan negara, kewujudan golongan berhaluan kanan dan kiri adalah perkara biasa. Dalam sejarah Malaysia juga telah beberapa kali pengaruh haluan kanan dan kiri hampir seimbang dan mampu menyebabkan keadaan keselamatan negara di ambang bahaya. Antara yang paling jelas adalah ketika Malaysia menuju kemerdekaan dan ketika berlakunya peristiwa 13 Mei.

Ketika negara menuju kemerdekaan, rakyat Tanah Melayu terbahagi kepada 2 iaitu golongan kanan yang menuntut kemerdekaan dengan cara perundingan dan juga golongan kiri yang cuba menggunakan kaedah kekerasan. Bagi orang Melayu yang menyokong golongan kiri mereka cenderung menyokong perjuangan Melaya / Indonesia Raya yang mahu memerdekakan negara melalui gabungan dengan Indonesia. Perjuangan kiri orang Cina pula melalui AMCJA yang berasal dari Parti Komunis Malaya (PKM). Kedua-dua golongan kiri ini bergabung membentuk PUTERA-AMCJA. Perikatan radikal kiri ini telah membentangkan Perlembagaan Rakyat bagi menentang Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Setelah diharamkan, AMCJA kembali menumpukan kepada perjuangan gerilanya menentang pemerintah melalui PKM. Ramai masyarakat Cina bersimpati dan memberikan bantuan kepada Komunis terutamanya mereka yang membuka kebun di tepi hutan. Untuk mengatasi masalah ini, Kerajaan membuka kampung-kampung baru di bandar untuk menempatkan masyarakat Cina bagi menghalang mereka memberikan bantuan kepada Komunis.

Kali kedua majoriti masyarakat Cina menyokong gerakan haluan kiri adalah ketika peristiwa 13 Mei 1969. Banyak bandar-bandar besar di Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Pulau Pinang jatuh kepada pembangkang. Tidak mustahil jika penduduk kampung baru di bandar yang dahulunya bersimpati kepada Komunis kini memberikan sokongan kepada DAP dan Gerakan ketika PRU 1969. Dalam masa yang sama, orang Melayu juga berpecah. PAS pula menggantikan PUTERA untuk menjadi suara kepada haluan kiri.

Kini, trend yang sama berulang apabila masyarakat Cina sekali lagi memilih untuk berjuang bersama-sama golongan haluan kiri. Dalam kali pertama (menuju kemerdekaan) dan kali kedua (13 Mei), MyMassa perhatikan kaedah 'menghasut' yang digunakan adalah sama. Golongan haluan kiri akan membuli golongan yang tidak menyokong mereka. Masyarakat Cina yang menyokong haluan kanan akan dituduh sebagai pengkhianat kaum Cina. Kerajaan ketika itu akan dituduh sebagai zalim dan tidak adil. Mereka menggunakan prinsip komunisme dan sosialisme yang mana mendakwa Kerajaan hanya menjaga golongan kaya sahaja sedangkan yang miskin akan bertambah miskin. Mereka mendakwa bahawa kekayaan negara seharusnya dibahagikan secara sama rata.

Hakikatnya Kerajaan dari zaman kemerdekaan sehingga sekarang tidak pernah berlaku zalim kepada mana-mana bangsa. Jika dilihat, Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai MOBILITI SOSIAL yang tinggi. Anda boleh lihat pada diri anda atau rakan-rakan anda. Adakah pekerjaan, tahap pendidikan, taraf sosial mereka lebih baik daripada ibu bapa mereka? Selalunya kita lihat anak seorang guru menjadi jurutera, anak tukang kebun menjadi peguam. Jarang sekali kita anak Malaysia lebih teruk daripada ibubapanya. Paling tidak, si anak mewarisi pekerjaan ibu bapa.

Artikel ini bukan satu epilog tapi prolog kepada bukti-bukti lain yang menunjukkan bahawa perjuangan masyarakat Cina menjatuhkan Kerajaan bukan satu dongengan tetapi usaha yang berterusan sejak zaman berzaman....


SPEAKER DEWAN RAKYAT TAK PERLU KESAL - INI KALI MAMPUSLAH!

4




Speaker Dewan Rakyat tidak perlu kesal dengan ketidak hadiran MP pembangkang dalam program taklimat mengenai Parlimen.

Banyak ahli MP pembangkang masih bersedih tidak dapat jadi Menteri, Timbalan Menteri dan Perdana Menteri. Ada antara mereka yang masih berkurung dalam bilik, menangis di belakang pintu dan yang sangat patut dikasihani MP yang meraung menangis jika disebut perkataan Parlimen.

Bagi masa pada mereka untuk stabilkan diri kerana mereka pasti hadir ke Parlimen akhirnya. 

Sampaikan Salam takziah kepada mereka - Ini Kali Mampus Lah!

Selasa, 11 Jun 2013

BOLEHKAH ORANG CINA YANG MEMILIKI 2 KERAKYATAN MENGUNDI ?

27
Khabarnya Sebahagian Ibu Bapa Mereka Sudah Menjadi Rakyat Taiwan, Tetapi Masih Memiliki Kad Pengenalan Malaysia
DAP terlalu sombong untuk menyembunyikan penipuan mereka, juga terlalu sombong untuk gembira kerana berjaya memperbodoh-bodohkan Anwar dan sebilangan kecil Anwarinas dalam PAS, dengan mendesak mereka supaya war-warkanlah, hebah-hebahkanlah dengan membuat petisyen-petisyen dengan mimpi kononnya mereka boleh memenangi petisyen demi petisyen.

TANPA NIK AZIZ, HIDUP HUSAM SEMAKIN MENDERITA

6

Naib presiden PAS Datuk Husam Musa kalah dalam kes saman fitnah RM10 juta terhadap New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan empat yang lain berkaitan sebuah artikel bertarikh 23 November 2009 bertajuk “Husam: They go or I’ll quit. Nik Aziz won’t allow blue eyed boy to resign even if he wishes.”
Peguam Zulqarnain Lukman yang mewakili Husam dilaporkan Bernama memberitahu pemberita Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Lee Heng Cheong membuat keputusan di dalam kamarnya bahawa artikel itu tidak bersifat memfitnah.

ULTRA KIASU @ DAP ANCAMAN BESAR KEPADA NEGARA

15


Pada 1 Jun minggu lalu saya dijemput berceramah (forum) oleh sebuah pertubuhan Islam di Singapura. Malangnya, setiba di sana saya ditahan dan disoal siasat selama 1 jam. Saya tidak tahu sebab musababnya. Tiga bulan lalu saya turut dijemput, tidak timbul masalah sebegini.

Sebelum itu, sudah lama juga (hampir 4 tahun) saya tidak ke Singapura kerana tidak dapat clearance daripada pihak berkuasa di sana. Saya sudah dapat agak sebabnya. Cuma, kali ini (2013) saya hairan kerana saya dijemput semula. Seperti biasa saya menerima jemputan tersebut.

Saya disoal siasat dengan pelbagai soalan bersifat amat peribadi. Semua perkara mengenai saya dan keluarga ditanya mahukan jawapan. Saya menjawab semua soalan dengan baik, sehinggalah percubaan untuk mengambil telefon bimbit saya. Ketika itu, saya mula berkeras, kerana ia terlalu peribadi dan saya tidak benarkan sama sekali.

Saya bertanya kenapa saya ditahan dan disoal siasat, mereka mengatakan ia prosedur biasa. Kenapa saya, bukan pelancong lain? Tiada jawapan.

Sejurus dilepaskan, saya bertanya kepada pihak penganjur. Mereka mengatakan ia ada kaitan dengan artikel yang saya tulis dalam akhbar-akhbar tempatan terutama menyentuh isu Melayu Islam di Malaysia, tidak ketinggalan di Singapura.

Jangkaan saya selama ini benar. Apa yang saya tulis kebelakangan ini, tidak disenangi oleh pihak berkuasa ultra kiasu di sana. Perangai ultra kiasu Malaysia sama sahaja dengan ultra kiasu Singapura.

Ingatan saya kepada kerajaan Malaysia, berhati-hatilah. Jangan gadaikan kepentingan negara seperti hartanah, rumah, air dan sebagainya atas nama persahabatan dan sangka baik. Belum tentu mereka menghargainya. Mereka mempunyai banyak duit dan boleh buat apa sahaja.

Sebahagian daripada hartanah di Johor dan Pulau Pinang sudah banyak dibeli dan menjadi hak milik kekal. Ini tidak termasuk di negeri lain (Malaysia). Apa pengajaran yang dapat dipetik daripada insiden ini? Bahaya ultra kiasu kepada negara.

Jika tidak dibendung, apakah nasib Melayu (Islam) di bumi Melayu. Justeru, saya mahukan umat Islam sedar, tidak kira apa jua partinya. Seagama tetap bersaudara, walaupun tidak sebangsa. Benar, kita perlu berbaik sangka. Tetapi apakah kita harus terus berdiam, jika musuh begitu nyata di depan mata dan sentiasa merancang untuk memusnahkan kita.

Bukanlah maksud saya kita turut bertindak memusnahkan mereka. Paling penting, kita perlu bertegas dengan mereka mulai sekarang. Jangan terlalu fikirkan soal pembangunan dan undi.
Menang sorak kampung tergadai. Kaduk naik junjung.

Bertindaklah mengikut perlembagaan. Jika mereka menyentuh isu-isu sensitif, seperti menghina Islam, raja dan Melayu (bangsa dan bahasa), yang terkandung dalam akta hasutan, jangan ragu-ragu dengan tindakan itu. Jika kita terus berlembut, kita akan terus menjadi mangsa. Jangan haraplah dengan berlembut, mereka akan mengundi kerajaan sedia ada.

Insiden yang saya alami cukup jelas. Ultra kiasu tidak mahu ada sesiapa yang menghalang mereka. Awal-awal lagi sudah dibanteras. Orang Melayu (Islam) yang belajar di sekolah kerajaan, tidak dibenarkan memakai tudung (menutup aurat). Umat Islam mesti akur dengan keputusan tersebut, suka atau tidak.

Jika berceramah, perkara yang tidak boleh disentuh adalah; polisi dan dasar kerajaan mereka tidak boleh dikritik, isu Israel tidak boleh disentuh, isu agama apatah lagi. Pendek kata, jika berceramah di Singapura, hanya boleh bercakap tajuk itu sahaja. Jangan unsur-unsur sindiran, hasutan dan sebagainya.

Berbeza sungguh demokrasi di negara kita dengan mereka. Kita terlalu memberi banyak kebebasan, sehingga ultra kiasu menjadi semakin berani. Sama ada isu tersebut sensitif atau tidak, semuanya dilanyak.

Kerajaan terus berdiam diri. Jika pihak berkuasa cuba bertindak, maka dituduh melanggar hak asasi manusia. Kita pun mengalah. Lihatlah bagaimana ultra kiasu membela wanita yang menghina Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Pada mereka, itu tidak salah, malah dibenarkan. Sedangkan ultra kiasu tahu itu salah. Mereka begitu berani. Kenapa? Jawapannya, mudah, kerana adanya ultra kiasu menyebelahi mereka.

Kesimpulannya, janganlah kita asyik menuding jari kepada saudara seagama. Lihatlah sama musuh kita itu, kerana mereka lebih bahaya daripada saudara seagama. - Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah

Isnin, 10 Jun 2013

DR. TEO : KENAPA TIDAK UNGKIT ORANG CINA YANG TIDAK FASIH BERBAHASA MELAYU

10

Masyarakat Cina khususnya Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) perlu sedar tidak ada negara lain di dunia yang membenarkan kaum Cina terus hidup sebagai 'Cina' kecuali di Malaysia.

Ahad, 9 Jun 2013

MUSLIHAT DAP TUDUH BN SEBAGAI NAZI-HITLER

12

Muslihat DAP Tuduh BN sebagai Nazi – Hitler

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menuduh Barisan Nasional (BN) sebagai mengamalkan ideologi perkauman, seperti yang diamalkan oleh pemimpin Nazi Adolf Hitler dan rejim apartheid Afrika Selatan.

Sabtu, 8 Jun 2013

CHINESE VOTE ALREADY DEAD TO MALAY

15
A heart to heart conversation with one loyal MCA leader based in Selangor has him confessed how clueless other MCA leaders are post GE13. Unlike UMNO, there are no plans, no post mortems and pretty much no directions of the party's fate and it seems like the MCA folks could not care less about the coalition with Barisan Nasional. He even mentioned that instead of brainstorming for GE14, these leaders are eyeing on the shares of Matang Holdings!!

MARY YAP OK, KENAPA TIDAK PERTIKAI YANG TIDAK FASIH BERBAHASA MELAYU

19

ISU yang dibangkitkan oleh pihak pembangknag kononnya dua wakil Cina dalam kabinet negara tidak tahu berbahasa Cina amat menjengkelkan. Saya mengenali Datuk Mary Yap (gambar atas) dan kita tidak mungkin boleh menafikan bahawa beliau cemerlang di dalam pendidikan di daerah Tawau, di negeri Sabah, di peringkat nasional malah di peringkat antarabangsa.

Jumaat, 7 Jun 2013

THE MALAYS HAVE TO PAY

1
The flocking of Chinese to Penang dan Malay Peninsula/Tanah Melayu back then was basically economically motivated, as reported by Francis Light in 1794 "a poor labourer will work with double labour to acquire two or three dollars to remit to China". (Logan)

Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh. Siapa bertanggungjawab?

27



Hari ini heboh di Media Massa kejadian Jambatan Kedua Pulau Pinang yang runtuh semalam. Jom baca pencerahan mengenai kejadian ini.


Tajuk di Malaysiakini seolah-olah menggambarkan sebahagian jambatan kedua Pulau Pinang runtuh adalah tidak tepat .  

Berdasarkan gambar dari portal Malaysiakini , nampak bahagian yang runtuh ada lagi struktur2 'scaffolding' , maksudnya runtuh masa kerja pembinaan sedang dijalankan , dan bukan masa struktur itu siap sepenuhnya . Kemalangan berlaku semasa 'work in progress' berdasarkan struktur2 scaffolding yang turut runtuh . Berdasarkan pemerhatian dari gambar, penulis berpendapat ia adalah kecuaian dalam pembinaan stuktur2 sokongan  . Struktur2 sokongan ini adalah struktur2 sementara yang menjadi 'support' bagi struktur kekal yang sedang dibina. Ini hanyalah pendapat penulis semata-mata. 

Sedikit latar belakang mengenai jambatan kedua Pulau Pinang, jambatan ini dibina oleh China Harbour Engineering Co Ltd dengan kerjasama UEM Construction Sdn Bhd. Rekabentuk jambatan kedua ini dibuat oleh Malaysian Highway Authority dan UEM Builders. UEM Construction da UEM Builders adalah anak syarikat UEM Group (United Engineer Malaysia Berhad) .

Projek2 tempatan UEM Builder dalam pembinaan sekarang ialah KLIA2 , Pahang Selangor Raw Water Transfer, MRT V8, MRT S3, 2nd Penang Bridge dan beberapa lagi. Syarikat ini juga ada mengendalikan beberapa projek luar negara di Brunei, India, Qatar, Saudi Arabia, Singapore dan Indonesia. UEM Group sama seperti Petronas adalah sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

China Hourbour Engineering pula adalah sebuah syarikat dari China yang mempunyai 'track' record projek2 pembinaan di seluruh dunia kebanyakkan kontrak2 dari Asia, Afrika dan Europe.

Jelas kedua-dua buah syarikat ini mempunyai track record yang baik untuk projek2 yang lepas. Kejadian sebahagian struktur yang runtuh ini mungkin disebabkan kelemahan dalam 'supervision' semasa struktur dibina dan pelbagai lagi faktor kejuruteraan yang lain . Tak perlu salahkan parti politik mengenai hal2 berkaitan kejuruteraan ini, agak jelas hal2 sebegini adalah 'human error' .

Bagi mereka yang biasa terlibat dalam industri minyak dan gas, memang banyak kemalangan2 berkaitan 'human error' tak di report pada 'public' (scaffolding runtuh, oil leakage,platform terbakar, tug boat tenggelam dan sebagainya) . Takkan semua ni nak dikaitkan dengan politik ? Pembinaan jambatan ke-2 Penang adalah sesuatu yang besar , hal2 berkenaan pembekalan bahan dan sebagainya memang melalui proses2 yang teliti . Perlu ada sijil2 dan pengiktirafan badan2 tertentu . Kalau pembinaan jambatan ke-2 Penang ini kurang kualitinya mengapa sekarang baru ada struktur yang runtuh , tetapi struktur yang ada di tengah2 laut masih teguh ? Juga perlu diingat , UEM Construction juga adalah kontraktor yang sama membuat kerja2 pelebaran Jambatan Pulau Pinang (yang sedia ada) . Dan sehingga sekarang tiada struktur yang dilebarkan itu gagal .

Oleh itu tak perlu lah pembangkang mengambil kesempatan menggunakan isu struktur jambatan kedua yang runtuh untuk menyalahkan kerajaan. Biarlah para juturera dan pakar2 menyiasat punca2 nya , elok lah dihentikan segala spekulasi2 jahat sekiranya kita tidak arif tentang perkara ini . UEM Construction dan China Harbour Engineering adalah 2 syarikat pembinaan yang terbukti mempunyai track record yang baik dalam kerja2 mereka dalam dan luar negara . Kalau nak dikatakan syarikat ini gagal , tentulah saja kita boleh lihat stuktur2 lain binaan dari 2 syarikat ini turut mengalami masalah yang serupa .

Berikut adalah senarai pakej2 yang terlibat dalam pembinaan Jambatan Ke-2 Pulau Pinang , pakej yang mengalami masalah ialah Batu Maung interchange di bawah kendalian Cergas Murni Sdn Bhd


Dari Laman Web Cergas Murni


Cergas Murni Sdn Bhd adalah syarikat yang ada kaitan dengan Latimer Corporation yang juga banyak pengalaman dalam industri2 pembinaan . Penulis juga mendapat maklumat bahawa Cergas Murni adalah kontraktor tempatan yang dilantik oleh Penang Development Corporation di mana Lim Guan Eng sebagai pengerusi . Walaau bagaimanapun , pada penulis ini bukan lah berkaitan politik .. lebih kepada 'human error' 

Berikut adalah salah seorang komen pembaca yang agak menarik ;

"It's human error by using that type of scaffolding on a traffic running road.The vibrations of vehicles,especially lorries would have made the scaffolding weak at the bottom.An alternative safer method should have been done,that is by traveling formwork."

Cuma kita terkilan bila mana ada pihak cuba bermain politik dengan insiden sebegini.- Be Da Man

Puak-puak sebelah sana, tak habis-habis menuduh dan menfitnah ini semua salah kerajaan. Kan dah kena batang hidung sendiri!





Khamis, 6 Jun 2013

BAHASA MELAYU: Pupils now 'sacrificial lambs'

6
By Liong Kam Chong, Seremban, Negri Sembilan 

THE United Chinese School Committees' Association of Malaysia (Dong Zong) continues to oppose a common Bahasa Melayu (BM) curriculum and syllabus for all national and vernacular primary schools, a proposal put forward in the Preliminary Malaysia Education Blueprint 2013-2025 (MEB).

The curriculum move is beneficial and necessary and the MEB proposal should be lauded. It is my hope that the Education Ministry will not rescind its plan.

Dong Zong should not persist in allowing pupils in vernacular Chinese schools to have access only to the "lower and weaker" BM curriculum and syllabus, which puts them in a disadvantage when they move to national secondary schools.

Bahasa Melayu is a progressive language and even those scoring grades A, B and C in their Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Bahasa Melayu papers in vernacular schools will find it hard to cope at the secondary level when all subjects (except English and other language subjects) are taught in Bahasa Melayu.

Dong Zong rationalises that if Bahasa Melayu is to be a "full" paper or subject, then the teaching and learning hours in vernacular schools will have to be increased.

Most school days will have to be "full" and this, according to them, does not make a conducive learning environment.

I agree but if you lay claim to achieving trilingual (Chinese-Malay-English) proficiency, you need to put in more work than others.

One must recognise first that Bahasa Melayu proficiency is not to be compromised and that there should be only one Bahasa Melayu curriculum and syllabus for all primary schools.

So, if the same number of teaching periods per week is to be maintained, with Bahasa Melayu periods having to be increased, then perhaps the Chinese or other subject periods would have to be reduced accordingly.

It will be said that there is no way that Chinese schools can cover all the requirements of the national school Bahasa Melayu curriculum and syllabus.

What is the alternative then? It will be good to learn from history. When we had the English school system, all pupils from vernacular schools had to go through a "remove class" year to catch up on English proficiency.

Perhaps now, it can be made compulsory for all vernacular schools pupils to go through a "remove class" year to complete the full primary Bahasa Melayu curriculum and syllabus, before they proceed to Form One.

It is important that primary vernacular schooling truly prepare pupils for national secondary schooling. It is unwise to monitor only what happens in primary vernacular schools, leaving pupils to become "sacrificial lambs" in national secondary schools.


Pupils at a Chinese vernacular school in Kuala Lumpur. It is important that primary vernacular schooling truly prepare pupils for national secondary schooling.

Sumber : http://www.nst.com.my/opinion/letters-to-the-editor/bahasa-melayu-pupils-now-sacrificial-lambs-1.293783

*Kerana sifat chauvinis Dong Zong, pelajar Cina yang menjadi mangsa kerana tak fasih Berbahasa Melayu. 

REKONSILIASI

12
Beberapa hari selepas PRU13, DS Najib bercakap tentang Rekonsiliasi. Hingga ke hari ini, masih belum ada yang menghuraikan ketibaanmakna Rekonsiliasi itu. Apa pun kami terjumpa artikel Rekonsiliasi yang ditulis oleh blogger di bawah. Mungkin boleh membuka minda dan bertukar pandangan. Mari kita baca sama-sama.

SEGERAKAN REKONSILIASI

REKONSILIASI MENUJU KEJAYAAN
Pilihanraya Umum Ke-13 sudahpun sebulan berlalu, semasa berucap di Perhimpunan Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini, YAB DS Najib Tun Razak telah meminta supaya para penjawat awam menumpukan usaha dan perhatian kepada memenuhi janji-janji pilihanraya dan keperluan rakyat. DS Najib meminta supaya para penjawat awam meninggalkan aktiviti politik yang melampau sehingga menjejaskan kualiti dan tumpuan kerja.

Ketua Setiausaha Negara (KSN) turut mengingatkan para penjawat awam supaya tidak lagi terlibat di dalam  aktiviti politik sehingga menghilangkan fokus kepada pekerjaan dan keperluan rakyat.

BEGINI CARA MENYATUPADUKAN
Perpaduan yang bagaimana hendak kita bina? Rekonsiliasi yang bagaimana yang dimaksudkan oleh DS Najib?

Perpaduan itu berlaku apabila kita memahami sejarah negara ini dengan betul. Bahawasanya Nusantara ini dahulunya bersatu tanpa sempadan. Sebab itulah jika kita kaji sejarah mengapa keturunan orang Kelantan boleh bertapak sejak sekian lama sebelum penjajahan Raja Brooke dan penjajah Inggeris di negeri Sarawak. Jawapan mudahnya ialah, ketika itu orang-orang Kelantan ketika belayar ke Borneo mereka boleh berulang-alik ke muara Kuching kerana ketika itu tiada sempadan, tiada pasport dan tiada halangan kerana ianya satu negara (ataupun satu nusantara).

Semasa saya bertemu mantan TYT Sarawak, Tun Abd. Rahman Yaakub beliau menceritakan hal ini kepada saya dengan terperinci (2009).

Begitu juga, mengapakah wujud keturunan Sultan Johor di Selatan Filipina seperti di Mindanao dan sekitar Palawan. Mudah hendak difahami ialah kegiatan perdagangan rempah dan hubungan kerajaan (raja-raja) di antara kawasan selatan Filipina dan kerajaan Johor telah wujud ketika itu. Maka, jika kita baca sumber sejarah yang lain menyebut adanya keturunan sultan Johor di Palawan, Filipina.

Sama halnya dengan kewujudan orang-orang Bugis di Patani dan di Kelantan. Sekitar tahun 1400an, orang-orang Bugis yang kuat merantau dengan kapal "Pinisi" mereka telah sering bersinggah di Pattani untuk belajar agama dan kembali semula ke Sulawesi untuk mengajarkan pula ajaran agama Islam. Ada di antara mereka pula berkahwin dengan orang Kelantan dan sejarah juga mencatat berlaku perkahwinan orang Bugis ketika itu dengan anak raja Kelantan. Nama "Bachok" di Kelantan itu jika diterjemahkan ke dalam bahasa Bugis bermaksud "lelaki".

Lima bersaudara Bugis dan salah seorang daripadanya iaitu Daeng Parani sendiri mati di Kedah, dia dijemput Sultan Kedah ke Kedah untuk membantu Sultan Kedah menghadapi serangan Siam dan British di Pulau Pinang.

MAKSUDNYA
Kita kena faham mana-mana negara di dalam Nusantara Melayu intinya ialah agamanya Islam dan bangsanya Melayu. Maka inti kepada Malaysia ialah agamanya Islam dan bangsanya Melayu. Itu intinya, pecahan kepada intinya ialah bangsa-bangsa lain dan agama-agama lain yang dijamin dalam perlembagaan tetapi emosiasinya ialah kepada inti sebenar iaitu Islam dan Melayu. Inilah dasarnya dan inilah intinya negara ini.

Jika orang-orang Jawa yang ramai di Malaysia mereka berasal dari Indonesia, adalah kerana Indonesia dan Malaysia sebelum penjajah adalah sebuah negarabangsa Nusantara yang tidak terpisah. Orang-orang Aceh ketika Sultan terakhirnya (Perempuan) diserang dengan bertubi-tubi oleh penjajah Belanda, mereka menang beberapa kali sebelum akhirnya tewas jua. Kerajaan Melayu Melaka turut membantu dan begitu juga sebaliknya. Peristiwa ini berlaku di antara tahun 1200an di Acheh dan 1400an di Melaka.

Di beberapa wilayah Thailand yang bergolak seperti di Naratiwath, Pattani dan Songkla dahulunya adalah wilayah-wilayah di bawah kekuasaan Kesultanan Kedah termasuklah Pulau Pinang. Malangnya, ketika itu Sultan-Sultan Kedah tidak dapat mempertahankan wilayah-wilayah tersebut kecuali kita mendapat semula Perlis yang akhirnya menjadi negeri berasingan daripada Kedah.

NEGARA MODEN MALAYSIA
Selepas beratus-ratus tahun, peristiwa-peristiwa sejarah di atas menjadi sejarah yang paling penting. Malangnya, generasi sekarang tidak melihat sejarah sebagai sebuah persada. Mereka melihat sejarah hanya sebagai cerita lama.

Sebab itulah terdapat rakyat Malaysia yang menghina DYMM SPB Yang DiPertuan Agong, kerana dia tidak faham negara ini mempunyai Ketua Negara dan Ketua Negara Malaysia ialah Sultan. Bukan rakyat biasa.

Sebab itulah berlaku peristiwa rakyat Malaysia menterbalikkan bendera negara(dalam bahasa mudahnya mempermain-mainkan bendera negara atau bahasa kasarnya menghina negara). Kerana dia tidak faham bahawa bendera itu adalah lambang penting kepada sesebuah negara. Jika mereka lakukan di Indonesia, Filipina, Mynmar atau Thailand, masa depan mereka akan berdepan risiko. 

Maka, saya melihat Rekonsiliasi (menyatupadukan yang berpecah) atau (merapatkan yang berjauhan) atau paling jelas (memulihkan semula persahabatan yang retak) perlu dimulakan dari sekarang.

Siapakah yang perlu ke depan? Saya melihat beberapa peluang yang wujud, untuk peringkat awal ianya boleh dimulakan dalam PLKN, sekolah dan universiti, agensi perpaduan seperti Jabatan Perpaduan, agensi patriotik dan lain-lain NGO. Modul Rekonsiliasi ini perlu disegerakan jika kita mahu melihat negara ini berjaya.

REKONSILIASI POLITIK
Topik ini saya kupas kemudian, kerana ianya sangat penting dan inilah maksud DS Najib. 

Dipetik melalui blog jentayuabaka.blogspot.com